innaniabdillah.blogspot.com

innaniabdillah.blogspot.com

Monday 23 July 2012


Kecemburuan sarah pada hajar




Berkata al-Waqidi daripada Muhammad bin Salih daripada Saad bin Ibrahim daripada Amir bin Saad daripada ayahnya menceritakan, sarah mendampingi Ibrahim dalam tempoh masa yang panjang. Namun tidak dikurniakan anak. Menyedari kekurangan diri, sarah dengan rela hati menghadiahkan hamba perempuannya, Hajar , untuk dinikahi Ibrahim. Lalu Hajar melahirkan anak untuk Ibrahim.

Namun, Sarah berasa sangat cemburu kepada Hajar dan menyesali tindakannya. Dia melafazkan suatu sumpah. Ibrahim bertanya kepadanya, “adakah adinda mahu memperbaharuhi sumpah adinda?”.

Sarah menjawab,

“apa yang harus adinda lakukan?”.

Ibrahim menjawab, “tindik telinganya dan ringankan (khitan) dia”.

Lalu Sarah melakukan perkara itu kepada Hajar. Sarah memasang anting-anting di telinganya. Kecantikan Hajar bertambah. Cemburu sarah bertambah-tambah.

Cinta Ibrahim semakin hari semakin mendalam kepada Hajar. Kecemburuan Sarah semakin memuncak. Walaupun sarah wanita mulia,  isteri seorang nabi namun kecemburuannya membinasakan orang lain.

Nabi Ibrahim terpaksa memindahkan Hajar ke makkah. Selain mematuhi perintah Allah,hikmahnya , Nabi Ibrahim dapat melindungi Hajar dari tindakan kasar Sarah. Peristiwa itu  menguji besarnya cinta Nabi Ibrahimkepada Hajar. Ia turut meraikan rendahnya kesabaran Sarah terhadap kecemburuannya.

2 comments:

  1. ya,,dan sesungguhnya hukum cinta itu hanyalah satu,tiada dua...sebagai hamba yang lemah dan tidak sempurna, teramat susah utk berlaku adil terutama klo melibatkan perasaan... sbb itulah mse saidina ali minta utk kawin lgi satu, saidatina fatimah mnta utk diceraikan kerna beliau takut sifat cemburunya akan merosakkan agamanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya hukum cinta hnya satu...
      sifat cmbru sifat yg smestinya ada dlm diri insan n makhluk allah... sadatina aisyah cemburu tika rasulullah merindui saidatina khadijah.. cmbru jga menbbkn hidup jd drita. syaitan cemburu apabila allah jadikan nabi adam dari tanah dan diangkat sebagai rassul mulia , saat itu syaitan berkata bahawa dia lebih mulia krana dia d ciptkan oleh api...sampai saat ini cemburu syaitn menjengah anak cucu nabi adalam alaihisalam..
      wallahua'lam.

      Delete