syair ni tlh mmbuatkn imam ahmad bin hambal (rahimahullah) mngis apbla mndgr 2 bait prtama syair ini, mga ia jd momentum untk kita muhasbh diri dn tigktkn amal soleh.
jika tuhanku bertanya padaku...
tidak malukah kau bermaksiat padaku?
kau sembunyikan dosa mu dari mahklukku...
dan datang padaku dengan penuh dosa
bagaimana aku nak jawab wahai diriku yang malang?...
dan siapalah yang dapat menyelamatkan aku?
aku terus menyogok jiwaku dengan impian dan harpan
dari semasa ke semasa
dan aku melupakan apa yang bakal dihadapi selepas mati...
dan apa yang akan berlaku selepas dikafankan
seolah olah aku ni dijamin untuk hidup selamanya...
seakan mati tidak menemui aku
dan telah datang padaku sakaratul maut yang ngeri...
nah!!!...siapa sekarang mampu melindungiku?
aku melihat pada wajah wajah....
adakah ada diantara mereka yang akan menebusku?
akan ku disoal apa yang dilakukan didunia ini untuk menyelamatkan diri ini?
maka bagaimana harus ku jawab setelah mengabaikan urusan agamaku?
celakalah aku!!!...
apakah aku tidak mendengar ayat ayat allah meneyuruku?
adakah aku tidak dengar apa yang diceritakan dalam surah qaaf dan yaasin
apakah aku tak dengar tentang hari pengumpulan manusia,
hari perhimpunan dan hari ad den(qiyamah).
adakah aku tak dengar panggilan ajal maut,menyeru dan menjemputku?
maka ya rabb!!!..seorang hamba datang bertaubat,
siapa yang dapat melindunginya?
melainkan tuhan yang maha luas pengampunannya
dan yang membimbingku pada kebenaran
aku telah datang padamu maka kasihanilah daku,
dan beratkan timbangan kebaikanku
dan ringankan (percepatkan) hisabku
kerana engkau yang terbaik dalam penghisaban.
P/s: rindunya ulama' pada pencipta,
rindu kita telah tersasar ,
kembalikan rindu yang segar,
dalam membina istana syurga
edit: syafiqah alia emiy
No comments:
Post a Comment