innaniabdillah.blogspot.com

innaniabdillah.blogspot.com

Saturday 20 April 2013

(novel) untaian tasbih cinta aulia


*1 *

Bermula kehidupan baru

Suasana dewan Sultan Abdul Halim Muadzhan Shah sesak dengan kedatangan pelajar-pelajar baru sesi pengambilan bulan Julai. Sebagai sebuah institusi pengajian tinggi antarabangsa,  Insaniah juga mengambil pelajar dari luar Negara. Insaniah dikenali di seruluh dunia dan dikenali Al-Azhar as-sani(kedua). Nama Insaniah tak lekang meniti di bibir masyarakat antarabangsa yang dikenali ramainya ulama’ yang didatang khas ke Insaniah.

     Pada hari pengambilan pelajar, selalunya  senior  tahun akhir akan membantu melancarkan program tersebut. faruq cuba menyusun kata untuk mengarahkan kepada semua pelajar baru untuk beratur dengan kemas dan tidak menampakkan kecelaruan.

“assalamualaikum , selamat datang kepada semua pelajar-pelajar semua. Saya faruq razi ali pelajar kuliyyah syariah semester 7 tahun akhir. Ok… bagi mudahkan urusan semua pihak saya minta kepada semua pelajar untuk beratur dengan kemas bagi melancarkan proses pendaftaran pada hari ini. Sekian”

Riuh seketika suasana dalam dewan DSHAMS, pelajar antarabangsa mengikut saja gelagak pelajar Malaysia yang cuba untuk menunjuk contoh.

“dahla panas , eishh… siap suruh kita beratur lagi..! ingatkan kita ni budak sekolah lg ke?...” aisyah aulya cuba memprotes. Terdengar rengetan itu, farah nasuha berpusing kebelakang serta merta. “a’aah la kan, dah tahu ramai pelajar nak daftar kenape dia orang buka dua kaunter je?... pelajar yang nak daftar beribu.” Sampuk farah nasuha.

 Aisyah aulya menambah, “saya sokong awak”.

Selepas sesi pendaftaran, semua pelajar ditempatkan di asrama Al-Faraby. Asrama Al-Faraby merupakan asrama bagi menempatkan pelajar pengajian islam dan muamalat. Pelajar yang tinggal di asrama kebiasaannya pelajar baru dan pelajar antarabangsa yang sukar untuk mencari rumah sewa.

    “sape laa yang nak duduk sebilik dengan aku, aku dah la malas nk tegur orang lain laa orang yang tegur aku dulu” bisik hati aisyah aulya.

“awak… awak dah ada bilik?.” Tanya farah nasuha kepada aisyah aulya. “belum” jawab aisyah aulya. “jom kita duk sebilik” pelawa farah. “ok jugak tu”. aisyah aulya tersenyum akhir ada juga orang yang sudi untuk menjadi kawan sebilik.

 Setelah penat seharian menghabiskan masa di dewan DSHAMS faruq merehatkan badan sambil membuka laman social facebook. “lama sungguh aku tidak update status dalam fb ni , apa ea tajuk yang sesuai untuk aku update pada kali ni?.. ermmm…  ok. ( Alhamdulillah , segala gerak kerja untuk pengambilan pelajar kali ini berjalan dengan lancar. Moga Allah merahmati semua pelajar yang sudi bertandang untuk belajar di bumi insaniah ini). Butang update ditekan.

  Ting.!! Ade notis. “siapa yang laju sangat like update aku ni”.. bisik hati faruq. 

   “ Ya Allah sahabat aku rupanya”… lama sungguh aku tak mendengar khabar sahabat aku yang berada di bumi anbiya Jordan. Semoga engkau sihat sejahtera wahai sahabatku ahmad faiz. Ting.. !! baru saja aku teringat kepada sahabatku , rupanya dia melebihi dari aku.

“salam, apo kaba sahabak ambo disana tu ?, ambo sini sihak sokmo..” –ahmad faiz- …   tersnyum aku dengan sendiri. “ wasalam. Ambo sihak jah ieh.. ni baru kelik dari insaniah, g uruh budak2 baru masuk. Kalu jd senior gini laa ieh..hehehe” –faruq razi- … disebabkan faiz pernah belajar di Kelantan dia begitu lancar bertutur bahasa Kelantan walaupun tinggal di kuantan.

 “ooo… gitu, ado sepupu ambo ngaji kt demo.. hari ni doh kali daftar… ambo pon x thu juga bilo mugo x nalipon lg kow mok sdre.. kalu dftr hri ni , yolow laa kli dia dftr hari ni…  namo dio aisyah aulya amik ijazah Islamic banking.”-ahmad faiz-    “aish…   x knl kwe eih, mugo rama org hk dftr nih.. skli nga antrabngsa laluh… nok royak x keno mugo kenal bate idong pond op sepupu demo tu..hahahhaa” –faruq razi-        

“yolow jgk demo royak tu…  demo paka lg kow nom lamo demo?..  demo tulong laa tgk, kalu ado hok sepupu ambo x leh buat tu demo tulong buat..  demo kea org lamo sano.. hehe..  tgk2 laa etek sepupu ambo tu, dio tu jeneh social sikit..” – ahmad faiz-      “ ya… ambo paka lg nom lamo tu…  insya Allah eih kalu ado gpo2 ambo buleh tulong ambo tulong…  mugo kito ni supo adik bradik dh start dulu lg saem…” –faruq razi-

“haha…   teringat maso skoloh dulu2…  kacik bena kito duo…  ambo akhir tahun tahun depe buleh balik dh insya Allah… x po la faruq..  ambo undur diri dulu laa…  jago laa sepupu ambo tu , ado gpo2 demo oyak laa kow ambo…wasalam”-ahmad faiz-   “kwe teringt jgk demo…  samo2 kito perabih dgree kito , x sabar ambo nk sambung master mesir nga demo supo hok kito jnji dh sejak skoloh lg… insya Allah ambo jgo semampu mungkin…wasalam”-faruq razi-

 

Sign out. Teringat pada suatu ketika dahulu , ahmad faiz adalah seorang pengawas disiplin dan aku merupakan mangsa buruan nya. Setiap ada kes sekolah aku adalah orang pertama yang dituduh. Hari bertambah , akhirnya aku mula menemui jalan sebenar. Pada akhir form 3 namaku dicalonkan sebagai pengawas sekolah. Aku sendiri tidak percaya, jika itu peluang aku cuba sedaya upaya. Tahun seterusnya , persahabatan kami semakin akrab. Setiap kali ada kes , orang yang pertama di ajak bersama faiz adalah aku. Itu kerana aku merupakan salah seorang diantara pengawas yang di pandai bercakap dengan kata-kata melainkan dengan perbuatan sahaja.

Faruq menghabiskan bacaan al-mulk dan merebahkan badan melayan kunjungan lena di kamar sepi penuh dalam satu legasi si pencari ilmu dari yang hakiki.

2 comments:

  1. salam... menarik tahniah dari ambo... permulaan yg baik.. semoga banyak lg idea2 yg kreatif dan penggunaan ayat2 yang gratis utk menyerikan lg novel demo... kawe hanya pandai memberi komen... kawe sendiri pon x buat lg novel tp ade berniat di hati nk tulis,cuma masa sekarang tidak mengizinkan. harap teruskan novel ini..

    ReplyDelete
  2. wasalam... ayt gramatis ambo bnyk hk ilang dh... kdg2 ingt... insya allah ambo cba ingt mula... ni bru testing jah... kalu hok ni berjaya ambo brhjt nk g ke stage ke dua plop... sama2 kita sebarkan cinta padanya melalui penulisan... murabbi kito ado... ustaz ubai..hhehehehe... untg laaa demo dk dkt nga dio... hehehe...jelez ehhh

    ReplyDelete