innaniabdillah.blogspot.com

innaniabdillah.blogspot.com

Monday 6 August 2012

kibarkan panji semangat kita

    semangat adalah raja segala  usaha, kadang kala semangat sahaja tidak menghasilkn natijah yang di ingini. sebagai mukmin semangat adalah satu perkara yang perlu ada dalam diri. tanpa semangat satu kerja tidak akan sempurna .

       sebagai contoh : , kita sebagai seorang anak, apabila orang tua kita menyuruh untuk membeli sesuatu katakan. tambahan pula pada masa itu kita sedang menonton drama yang kita minati. sudah pasti apa yang kita kerjakan untuk orang tua kita dalam keadaan yang tidak semangat. akan ada sesuatu yang tidak kena dengan hasil kerja kita itu.  kerja yang tanpa semangat akan hasilkan penyudahan yang tak akan sempurna.

      ada juga masa yang kita semangat , kita benar benar semangat. dan ada juga masa yang kita tidak semangat, kita benar benar tidak semangat.  lumrah manusia kan.. sebab itu iman manusia "yazid wa yankus"( ada naik dan turun).
 
      kita semua seorang pelajar, tidak kira sudah berkerja sekalipun, tapi hakikatnya kita masih lagi boleh digelar pelajar. terkadang kita berkerja bersungguh sungguh , dengan hasrat untuk di naikkan gaji . tp bila sampai masa menerima gaji kita dapati gaji kita tidak berganjak dan sama seperti sebelumnya. semestinya kita akan DOWN  seketika dan mood bekerja akan sedikit terjejas.

   begitu juga sebgai pelajar seperti di alam universiti, setiap pelajar inginkan mendapat a.d( anugerah dekan). dengan semangat yang ada kita belajar bersungguh sungguh. tidak ponteng kelas, siapkan assingment, buat baik pada lec dan macam macam lah lagi. bila masa result keluar , dan kita lihat keputusan kita tidak sampai target  sudah pasti kita akan kecewa da sedih.


sebenar tak perlu kita sedih dan kita gadaikan semangat dengan kecewa. walaupun kita rebah sejuta kalipun jangan kita hilangkan semangat. semangat adalah segala galanya.

ada tips untuk kita bangkitkan semangat,

1 ambil semangat dari nama kita sendiri
     nama adalah satu tanda cinta ibu bapa kita terhadap kita, oleh kerana mereka cinta mereka meletekkan nama yang paling sesuai untuk kita . contohnya muhammad faiz.  satu nama yang cantik dan tinggi maknanya.. yang terpuji kebijaksanaan..  fikirkan bahawa kita ini memang yang terbaik untuk perolehi semangat dalam setiap kerja kita
2 tuliskan kata kata perangsan pada kertas dan tanpalkan pada sudut yang selalu kita lihat
      kata kata perangsan seperti " aku datang untuk berjaya ", pasti dalam mind setting kita selalu update bahawa kita datang untuk berjaya. maka dari situ insyaallah akan ada sedikit semangat untuk kita.
3   luahkan kekeliruan pada tempat yang sepatutnya
         cara sebegini selalunya semua orang akan hadapi, jika ada yang tidak melalui maka satu keunikan pada diri orang tersebut. ini kerana hakikat insan jika ada masalah tambahan berkaitan semangat sudah pasti mereka akan rujuk pada seseorang dia percayai. luahkan yang terkandung dalam hati , agar dapat semangat yang kita ingini untuk lakukan kerja yang seterusnya....




uhmmmmmm letih nya nulis petang petang gini....       
        kutilis satu lembaran ,
untuk satu simpanan,
         atas makna keperihaninan,
bawah erti keikhlasan

                                                                                                                                                           mie
terima kasih putriku

ayatul asma' dan mardiyah

No comments:

Post a Comment