innaniabdillah.blogspot.com

innaniabdillah.blogspot.com

Thursday 9 August 2012

Tarbiyah Diri: berdayakah Kita?


Melihat fenomena dakwah di IPT sejak kebelakangan ini, semakin ramai mahasiswa/i yang sedar akan pentingnya tarbiyah dalam kehidupan seharian. Lahirnya pelbagai pertubuhan dan organisasi berfokuskan keIslaman merancakkan lagi program-program, seminar-seminar dan usaha ini mendapat reaksi positif dari kalangan remaja sendiri.
Tidak kurang, usaha-usaha badan dakwah IPT sendiri yang bertungkus merencana pelbagai program yang sarat ilmu dan mempu memberikan sentuhan roh Islam dalam diri individu tersebut.

Persoalan di sini, kadang-kadang kita hanya bersemangat apabila berada dalam program-program tersebut. Usai keluar daripada kepompong tersebut, kita seolah-olah tidak kuat dan masih mencari-cari apa hasilnya? Apa kesannya hadir ke program sebegini? Di sini barulah kita sedar akan pentingnya HATI untuk dibawa ke mana sahaja untuk ditarbiyah.

Sungguh! Sangat sukar untuk memujuk hati yang kuat merajuk, melatih jiwa yang lesu, mengawal nafsu yang sering mengajak kepada keseronokan.

Kadang-kadang saya sendiri bertanya diri sendiri. Kenapa saya tidak berubah lebih baik dan terus istiqamah dengan sesuatu kebaikan? Adakah jiwa saya tidak kuat? Atau belum cukup ditarbiyah? Lima tahun di sekolah agama dan tiga tahun di Kolej Islam? Masih tidak cukup? Semuanya kembali kepada hati. Kadang-kadang kita cepat bosan apabila disuap dengan makanan yang sama setiap hari, sedangkan masih banyak pilihan terhidang di hadapan mata…


Sebenarnya dalam menyuburkan tarbiyah dalam diri, hanya satu perkara yang perlu kita tanyakan diri kita…Allah redhakah dengan amalan kita? Oh…jarang sekali saya tanyakan ini pada diri saya, padahal dalam sesi usrah sering diajukan soalan sebegini. 

Pentingnya menjaga hubungan dengan Allah, sama pentingnya menjaga hubungan dengna makhluk lain. Kadang-kadang bila wujud bosan dalam kamus tarbiyah, sebenarnya itu petanda bahawa kita kurang mengaplikasi tetapi lebih banyak berteori. Ya, tiada silibus usrah yang mengajak kepada kemungkaran, namun diri masih sibuk berbuat dosa, pendek kata perlunya seimbang antara teori dan aplikasi untuk memantapkan tarbiyah dalam diri. Tarbiyah itu melingkupi segenap kehidupan kita, belajar, bersosial, rumahtangga, menghadapi peperiksaan, berhibur, menonton tv. Semuanya boleh menjadi tarbiyah andai kita salurkan dengan cara yang betul. Susah tetapi tidak mustahil. Semoga Allah terus memberi kekuatan untuk mentarbiyah diri. Mungkin mengambil sedikit masa, tetapi ya, itulah pentingnya istiqamah…
 Ukhti Fatimah Azmin Mansor

No comments:

Post a Comment